AHLAN WASAHLAN


Tuesday, January 3, 2012

Ingat Permainan Ini?


Salam Ceria Kawan-kawan! ^_^

Penat study kan? Ehem2!
Jom kita main game jap. :) Setiap permainan pasti ada pengajarannya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalu, kalau game motivasi sekolah ke apa, ada satu game ni. "KELOPAK JANTUNG". Pernah main tak? Dia macam ni juga. Tapi, takut ada yang tak faham. Kita tukar. "KANAN KIRI".

Mula-mula CC akan suruh adik-adik sebut KANAN untuk tangan kanan, KIRI untuk tangan kiri.

CC angkat tangan kanan. Adik-adik beramai-ramai sebut KANAAAAAAANNNN!!

CC angkat tangan kiri. Adik-adik beramai-ramai sebut KIRRRIIIIIIIIIIIIIIII!!

Dah lama-lama, adik-adik dah cekap walaupun CC lajukan pergerakan.

Alah bisa tegal biasa

CC tukar rentak. Nanti adik-adik bosan.

Kali ini, adik-adik kena sebut KIRI untuk tangan kanan dan KANAN untuk tangan kiri.

Mula-mula, pasti ada tersasul-sasul. Tapi, bila diulang banyak kali, ia menjadi! Wow!

Adik-adik sudah dapat menguasai permainan.

Maka, di sinilah ibrahnya....apabila, yang haq menjadi batil.

Padahal, sudah kita ketahui bahawa KANAN mestilah untuk tangan kanan dan KIRI mestilah untuk tangan kiri.

Tapi, bila yang batil dilakukan berkali-kali dan menjadi biasa bagi manusia, manusia jadi terkeliru! Terus menganggap yang BATIL itu HAQ.

Contoh,
Ulama' dikatakan penipu. Ramai memaki hamun ulama' itu.
Artis dibangga-bangga. Ikut fesyen terkini mereke.
Couple menjadi biasa. Berdua-duaan di kawasan terpencil perkara biasa.
Zina itu normal. (normalkah?) Kes buang bayi yang kian meningkat.
Arak dan Judi berleluasa. Banyak pusat-pusat judi dan kedai arak dibuka.

Nampak?

Sebab itulah, kita kena sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak lari dari Allah SWT.

Takut jadi umat akhir zaman ni. Macam-macam. Sebab itulah kita perlu dan sentiasa berdoa supaya dielakkan diri daripada fitnah akhir zaman.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

Ok. Nanti balik rumah main dengan adik-adik dan anak sedara k. ;)

p/s: sebenarnya, apa ye kesimpulan untuk game ini Encik/Puan/Cik CC? Ada nak tambah dan betulkan? :D

Monday, December 26, 2011

Exam Sudah Tiba!!

Salam Ceria! :D

Tanpa sedar, sudah habis satu semester untuk Sidang Akademik 2011/2012.
Sekejap sangat masa berlalu.

Aktiviti KPRS pula hanya dapat lakukan satu sahaja.
Sedih. :'((

Hal ini disebabkan terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.
Semua ini perancangan dari Dia.
Huhu.

Berharap sangat semester 2 yang akan datang, KPRS dapat buat program yang bermanfaat untuk semua.
Yeaaayhhh!!

Bahagian ADMIN KPRS USM akan berusaha melakukan yang terbaik untuk SEMUA!! InsyaAllah.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff 61: 4)

Ok. Semoga berjumpa di warkah yang lain.
Jaga diri elok-elok.

Assalamualaikum. :D

P/s:
Salam Imtihan! ^__^
Belajar-belajar juga, solat jangan lewat.
Stay up stay up juga, subuh jangan lajak.
Hafal hafal juga, fahamkan itu lebih penting.
Semoga kita diberikan kesihatan dan akal yang baik untuk belajar dengan lebih mudah. Amiin.
Selamat berjaya! :D 
Usaha ---> Doa ---> Tawakal
INSYAALLAH BERJAYA!!
hoyeeeeeeeayyyyyyhhh!!

Sunday, April 24, 2011

Gamitan Lestari 3

Assalamualaikum dan Salam Ceria!!

Ok. News baru dan BEST bagi yang berminat.

*GAMITAN LESTARI III* DATANG LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!! (n_n)

"KEPIMPINAN LESTARI TUNGGAK KECEMERLANGAN JATI DIRI"

Sekolah yang terlibat: SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah



HANYA 20 ORANG FASILITATOR DIPERLUKAN.



Run modul:
Tarikh: 7-12 Mei 2011
Tempat: Sekitar USM Pulau Pinang.
Penginapan, makanan disediakan.....



MODUL DIAPLIKASIKAN:
Tarikh: 13-15 Mei 2011
Tempat: SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah,

penginapan, makanan dan pengangkutan disediakan.....

JOM JOIN BERAMAI-RAMAI!!!! 

Apa yang best:
1. Suasana sekolah.
2. melatih diri menggunakan soft skill.
3. Mengimbau kenangan sekolah.
4. pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
5. yang ni, pasti korang nak punya, SIJIL dan MyCSD (utk semester hadapan)!!!



Berminat??? Boleh hubungi,


Cik Umairah: 019-4425167


dengan memberi NAMA, NO K/P, NO TELEFON DAN ALAMAT EMEL kepada beliau

SEBELUM 1 MEI 2011 jam 11.59pm.
Sekian, terima kasih.

"HIDUP BIAR BERJASA"