AHLAN WASAHLAN


NASIHAT BERHIKMAH



1. Apabila mendengar azan, bangunlah solat serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah al-Quran dan buku ilmiyyah, pergi ke majlis ilmu dan amalkan zikrullah dan jangan membuang masa dengan ssuatu yang tidak berfaedah

3. Berusaha untuk bertutur dalam bahasa arab Fushah kerana bahasa arab yang betul ialah syiar Islam

4. Janganlah bertengkar dalam apa keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi kebaikan

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan tenteram

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh dalam setiap perkara

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada keperluan pendengar kerana boleh membawa kepada sia-sia dan menyakiti orang lain

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang lain, mengecam pertubuhan - pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan untuk kebajikan

9. Berkenal-kenal dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah bertaaruf dan bermuhibbah

10. kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunalah masa sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaan.

No comments: