Salam Ceria Kawan-kawan! ^_^
Penat study kan? Ehem2!
Jom kita main game jap. :) Setiap permainan pasti ada pengajarannya.
Bismillahirrahmanirrahim...
Selalu, kalau game motivasi sekolah ke apa, ada satu game ni. "KELOPAK JANTUNG". Pernah main tak? Dia macam ni juga. Tapi, takut ada yang tak faham. Kita tukar. "KANAN KIRI".
Mula-mula CC akan suruh adik-adik sebut KANAN untuk tangan kanan, KIRI untuk tangan kiri.
CC angkat tangan kanan. Adik-adik beramai-ramai sebut KANAAAAAAANNNN!!
CC angkat tangan kiri. Adik-adik beramai-ramai sebut KIRRRIIIIIIIIIIIIIIII!!
Dah lama-lama, adik-adik dah cekap walaupun CC lajukan pergerakan.
Alah bisa tegal biasa
CC tukar rentak. Nanti adik-adik bosan.
Kali ini, adik-adik kena sebut KIRI untuk tangan kanan dan KANAN untuk tangan kiri.
Mula-mula, pasti ada tersasul-sasul. Tapi, bila diulang banyak kali, ia menjadi! Wow!
Adik-adik sudah dapat menguasai permainan.
Maka, di sinilah ibrahnya....apabila, yang haq menjadi batil.
Padahal, sudah kita ketahui bahawa KANAN mestilah untuk tangan kanan dan KIRI mestilah untuk tangan kiri.
Tapi, bila yang batil dilakukan berkali-kali dan menjadi biasa bagi manusia, manusia jadi terkeliru! Terus menganggap yang BATIL itu HAQ.
Contoh,
Ulama' dikatakan penipu. Ramai memaki hamun ulama' itu.
Artis dibangga-bangga. Ikut fesyen terkini mereke.
Couple menjadi biasa. Berdua-duaan di kawasan terpencil perkara biasa.
Zina itu normal. (normalkah?) Kes buang bayi yang kian meningkat.
Arak dan Judi berleluasa. Banyak pusat-pusat judi dan kedai arak dibuka.
Nampak?
Sebab itulah, kita kena sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak lari dari Allah SWT.
Takut jadi umat akhir zaman ni. Macam-macam. Sebab itulah kita perlu dan sentiasa berdoa supaya dielakkan diri daripada fitnah akhir zaman.
Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
Ok. Nanti balik rumah main dengan adik-adik dan anak sedara k. ;)
p/s: sebenarnya, apa ye kesimpulan untuk game ini Encik/Puan/Cik CC? Ada nak tambah dan betulkan? :D
No comments:
Post a Comment