AHLAN WASAHLAN


Friday, January 8, 2010

::..KPRS bergema..::



Hari Gema ini dijalankan selama
4 hari bermula 21 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009.
 Pada hari pertama,
sambutan agak menggalakkan
terutamanya daripada pelajar Tahun 1.
 Hal ini biasa terjadi kerana pelajar Tahun 1 mengalami ‘cultural shock’
dan masih berada pada tahap kecelaruan
untuk memilih apa-apa persatuan yang terbaik kepada diri mereka sendiri.





Tetapi bagi pihak KPRSUSM sendiri,
mereka lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
 Untuk tidak mengecewakan ahli baru,
pihak KPRSUSM menyediakn
 penanda buku,
 poskad USM dan coklat sebagai cenderamata
sekiranya mereka mendaftar
sebagai ahli baru
dan memperbaharui keahlian masing-masing.

           
            Hari kedua, ketiga dan keempat berlangsung
 dengan meriah dan alhamdulillah
semuanya berjalan dengan lancar.
Tidak dapat dinafikan
bahawa setiap sesuatu mesti ada keburukan dan kesilapan
 yang sedikit-sedikit pasti akan berlaku.





Misalnya, kertas untuk ‘flyers’ sedikit membazir
 kerana kesilapan oleh pihak mesin pencetak.
 Tapi, itu semua tidak mematahkan semangat
 pasukan yang bertindak pada hari kejadian.
Mereka yang terlibat telah mencuba sehabis daya
untuk mengelakkan pembaziran itu daripada berlaku.
Malahan,
mereka telah menggunakan kreativiti
dengan mencantumkan kertas tersebut.
           
            Terima kasih yang tidak terhingga kepada
sesiapa yang melibatkan diri.
Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
berganding bahu bagi menjayakan
Hari Gema sidang 2009/2010.



           
            Semoga sidang baru yang akan kita tempuh ini,
memberikan kenangan yang terindah
 dan sedikit sebanyak memberikan kita iktibar
 dan pengajaran yang mampu menjadikan
kita semua hamba yang lebih
 taat kepada Dia yang satu.
SALAM CERIA


''Hidup Biar Berjasa"


No comments: