AHLAN WASAHLAN


Wednesday, October 27, 2010

Takut. Mampukah kita semua melawannya?

Astaghfirullahala'zim..

Takut. Semakin takut. Dunia sekarang semakin 'moden' sampaikan nak tubuhkan lebih banyak lagi Pusat-pusat hiburan kat Malaysia ini.

Mampukah kita semua melawan nafsu?

Tak payah tengok akan datang. Lihatlah waktu sekarang.

Berapa kerat pemuda yang solat berjemaah di masjid dan surau-surau?

Berapa ramai pemuda-pemudi yang mengunjungi pusat-pusat hiburan pada waktu malam?

Kerajaan tak nampak kah ini semua?

Adakah ini yang dikatakan 'non-practising Muslim' seperti yang tertera di video oleh Syeikh Yusuf Estes?

Di Parlimen kita sendiri, berapa ramai yang faham apa erti Islam sebenar? mereka Melayu dan bukan Muslim kah?

Astaghfirullah. Takut. Makin takut.

Terbaca INI pagi tadi.


Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dorang ini tiada ketakutankah di hati dan jiwa masing-masing? Hati dan jiwa sudah hitam sangatkah? Tiada perasaan gentar langsungkah?

Astaghfirullahala'zim.

Sila muhasabah diri anda sendiri.

Takut. Sangat takut.

Tuesday, October 26, 2010

Program Terakhir

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Jangan pernah lupa ucapkan syukur kepada Dia yang Maha Kuasa.

Salam Sahabat sekalian. =)

Ya! Inilah program terakhir bagi Semester 1 Sidang Akademik 2010/2011.


LAWATAN KE RUMAH PERLINDUNGAN ANAK KESAYANGANKU

Baiklah. Sebenarnya, kalau mengikut tradisi KPRS, kita akan mengadakan lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim. Tapi, mungkin kali ini, bertukar angin sedikit.

Rumah ini memuatkan adik-adik yang memerlukan bimbingan. Bukan dari segi agama, tetapi dari sudut pembelajaran. Mereka juga amat pemalu. Mungkin sebab tidak biasa dengan orang luar.

Mereka dihantar ke rumah ini oleh ibu bapa mereka sendiri. Puncanya, masalah keluarga, masalah disiplin dan masalah pembelajaran. Ini bukan kes tidak bermoral ye.

Alhamdulillah. Kami bersolat berjemaah dan makan bersama-sama. Mereka ada mengamalkan Selawat Badhawi sebelum tiap-tiap solat.

Ya Allah
Tolong sampaikan salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih
KeluargaNya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah


Subhanallah. Mereka turut mempunyai jadual bertugas! Menurut kata pengasas Rumah Anak Kesayanganku ini, mereka sudah boleh berdikari sendiri berbanding mula-mula masuk ke Rumah itu.



Terdapat juga antara adik-adik ini sudah ketiadaan ibu dan bapa. Tapi, bilangannya sangat sedikit.

Adik-adik ini juga menghadiahkan persembahan kepada kami. Nyanyian lagu 'Baiknya Tuhan Kita' dan 'Kekasih Kita'. Mereka turut mempersembahkan tarian yang bertajuk 'Ilham Sufi'. Malangnya, hanya beberapa gambar sahaja sempat diambil.



Pengajaran yang kami dapat dari lawatan ini;

  • Sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang diberikan olehNya
  • Rezeki Allah itu amatlah luas
  • Kalau kita fikir kita susah, ada lagi yang lebih susah
  • Tidak semua orang mampu untuk berkongsi masalah
  • Sayangi orang disekeliling kamu, makhluk lain turut berdoa untuk kamu
  • dan lain-lain

Bagi yang terlibat dalam menjayakan program ini, ribuan terima kasih dari pihak kami kepada anda kerana meluangkan masa hujung minggu untuk bersama-sama dengan adik-adik ini. Semoga kalian mendapat pengajaran daripada program ini.


Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan yang bakal tiba. Semoga kalian bersedia dan sentiasa meletakkan pengharapan kepadaNya.

Semoga kita berjumpa lagi pada semester yang akan datang dan tahun-tahun berikutnya.

Akhir kalam,
Assalamualaikum dan Selamat Maju Jaya. =D

Monday, October 4, 2010

::Merisik Khabar:::

Assalamualaikum..

salam KPRS buat semua sahabat KPRS USM
apa khabar semua?? lama tak dengar cerita
mana semua orang2 kprs ni????
senyap2 je ye..lama cuti raya.
pastinya semua sudah  bergembira bersama keluarga di rumah...
tapi jangan lupa KPRS disini:)

Ucapan salam aidilfitri buat semua warga KPRS
aidilfitri masih berbaki lagi..
saja nak mengcreate soalan..
KPRS taknak buat jamuan raya ke???

lama tak jumpa MT dan AJK
taknak buat MEETING ke?
macam dah lama tak dengar idea2 bernas dari semua..
diharapkan lepas ni dapat berjumpa lagi..
bersama kita dalam program
pasti ada kemanisan disitu:)

setelah lama blog ni sunyi..
bukan apa..si tukang jaga blog ni
telupa paswed..
tapi xpa..kesetiaan bersama
ukhuwah bersama kerana ALLAH.

Akhir kata dari yang menulis..
semoga semua dalam keadaan stabil..
maklumlah dah nak exam..
kepada yang dah grade tu.
ha pandai2 la jaga diri kat luar sana
jangan lupa jenguk kami KPRS di kepulauan ini:)

::waSSAlam WarahmatuLLAh::