AHLAN WASAHLAN


Tuesday, October 26, 2010

Program Terakhir

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Jangan pernah lupa ucapkan syukur kepada Dia yang Maha Kuasa.

Salam Sahabat sekalian. =)

Ya! Inilah program terakhir bagi Semester 1 Sidang Akademik 2010/2011.


LAWATAN KE RUMAH PERLINDUNGAN ANAK KESAYANGANKU

Baiklah. Sebenarnya, kalau mengikut tradisi KPRS, kita akan mengadakan lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim. Tapi, mungkin kali ini, bertukar angin sedikit.

Rumah ini memuatkan adik-adik yang memerlukan bimbingan. Bukan dari segi agama, tetapi dari sudut pembelajaran. Mereka juga amat pemalu. Mungkin sebab tidak biasa dengan orang luar.

Mereka dihantar ke rumah ini oleh ibu bapa mereka sendiri. Puncanya, masalah keluarga, masalah disiplin dan masalah pembelajaran. Ini bukan kes tidak bermoral ye.

Alhamdulillah. Kami bersolat berjemaah dan makan bersama-sama. Mereka ada mengamalkan Selawat Badhawi sebelum tiap-tiap solat.

Ya Allah
Tolong sampaikan salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih
KeluargaNya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah


Subhanallah. Mereka turut mempunyai jadual bertugas! Menurut kata pengasas Rumah Anak Kesayanganku ini, mereka sudah boleh berdikari sendiri berbanding mula-mula masuk ke Rumah itu.



Terdapat juga antara adik-adik ini sudah ketiadaan ibu dan bapa. Tapi, bilangannya sangat sedikit.

Adik-adik ini juga menghadiahkan persembahan kepada kami. Nyanyian lagu 'Baiknya Tuhan Kita' dan 'Kekasih Kita'. Mereka turut mempersembahkan tarian yang bertajuk 'Ilham Sufi'. Malangnya, hanya beberapa gambar sahaja sempat diambil.



Pengajaran yang kami dapat dari lawatan ini;

  • Sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang diberikan olehNya
  • Rezeki Allah itu amatlah luas
  • Kalau kita fikir kita susah, ada lagi yang lebih susah
  • Tidak semua orang mampu untuk berkongsi masalah
  • Sayangi orang disekeliling kamu, makhluk lain turut berdoa untuk kamu
  • dan lain-lain

Bagi yang terlibat dalam menjayakan program ini, ribuan terima kasih dari pihak kami kepada anda kerana meluangkan masa hujung minggu untuk bersama-sama dengan adik-adik ini. Semoga kalian mendapat pengajaran daripada program ini.


Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan yang bakal tiba. Semoga kalian bersedia dan sentiasa meletakkan pengharapan kepadaNya.

Semoga kita berjumpa lagi pada semester yang akan datang dan tahun-tahun berikutnya.

Akhir kalam,
Assalamualaikum dan Selamat Maju Jaya. =D

No comments: