AHLAN WASAHLAN


Wednesday, December 22, 2010

Nur Jiwa


Dalam kesunyian pagi
dikala hujan membasahi bumi
sayup-sayup kedengaran di luar rumah
seorang hamba Allah bangun
untuk menunaikan ibadah malam

langkah kaki terus menuju bilik air
bersama air wudhuk dan doa
menuju ke lipatan sejadah
lalu membentangnya
dan
 terus menunaikan solat
selepas selesai solat
Al-Quran itu dibacanya
sambil membaca maknawi nya

ya Allah...
jadikanlah kami dalam golongan orang bersyukur
jadikanlah kami dalam orang yang berfikrah islam
jadikanlah kami orang-orang yang dalam
redhaMu


:KPRS terus maju membimbing kerana Allah::

No comments: