AHLAN WASAHLAN


Wednesday, December 22, 2010

Nur Jiwa


Dalam kesunyian pagi
dikala hujan membasahi bumi
sayup-sayup kedengaran di luar rumah
seorang hamba Allah bangun
untuk menunaikan ibadah malam

langkah kaki terus menuju bilik air
bersama air wudhuk dan doa
menuju ke lipatan sejadah
lalu membentangnya
dan
 terus menunaikan solat
selepas selesai solat
Al-Quran itu dibacanya
sambil membaca maknawi nya

ya Allah...
jadikanlah kami dalam golongan orang bersyukur
jadikanlah kami dalam orang yang berfikrah islam
jadikanlah kami orang-orang yang dalam
redhaMu


:KPRS terus maju membimbing kerana Allah::

Wednesday, October 27, 2010

Takut. Mampukah kita semua melawannya?

Astaghfirullahala'zim..

Takut. Semakin takut. Dunia sekarang semakin 'moden' sampaikan nak tubuhkan lebih banyak lagi Pusat-pusat hiburan kat Malaysia ini.

Mampukah kita semua melawan nafsu?

Tak payah tengok akan datang. Lihatlah waktu sekarang.

Berapa kerat pemuda yang solat berjemaah di masjid dan surau-surau?

Berapa ramai pemuda-pemudi yang mengunjungi pusat-pusat hiburan pada waktu malam?

Kerajaan tak nampak kah ini semua?

Adakah ini yang dikatakan 'non-practising Muslim' seperti yang tertera di video oleh Syeikh Yusuf Estes?

Di Parlimen kita sendiri, berapa ramai yang faham apa erti Islam sebenar? mereka Melayu dan bukan Muslim kah?

Astaghfirullah. Takut. Makin takut.

Terbaca INI pagi tadi.


Nabi menyebut :

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )


Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu?

Dalam hadis lain :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة
Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dorang ini tiada ketakutankah di hati dan jiwa masing-masing? Hati dan jiwa sudah hitam sangatkah? Tiada perasaan gentar langsungkah?

Astaghfirullahala'zim.

Sila muhasabah diri anda sendiri.

Takut. Sangat takut.

Tuesday, October 26, 2010

Program Terakhir

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Jangan pernah lupa ucapkan syukur kepada Dia yang Maha Kuasa.

Salam Sahabat sekalian. =)

Ya! Inilah program terakhir bagi Semester 1 Sidang Akademik 2010/2011.


LAWATAN KE RUMAH PERLINDUNGAN ANAK KESAYANGANKU

Baiklah. Sebenarnya, kalau mengikut tradisi KPRS, kita akan mengadakan lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim. Tapi, mungkin kali ini, bertukar angin sedikit.

Rumah ini memuatkan adik-adik yang memerlukan bimbingan. Bukan dari segi agama, tetapi dari sudut pembelajaran. Mereka juga amat pemalu. Mungkin sebab tidak biasa dengan orang luar.

Mereka dihantar ke rumah ini oleh ibu bapa mereka sendiri. Puncanya, masalah keluarga, masalah disiplin dan masalah pembelajaran. Ini bukan kes tidak bermoral ye.

Alhamdulillah. Kami bersolat berjemaah dan makan bersama-sama. Mereka ada mengamalkan Selawat Badhawi sebelum tiap-tiap solat.

Ya Allah
Tolong sampaikan salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih
KeluargaNya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah


Subhanallah. Mereka turut mempunyai jadual bertugas! Menurut kata pengasas Rumah Anak Kesayanganku ini, mereka sudah boleh berdikari sendiri berbanding mula-mula masuk ke Rumah itu.



Terdapat juga antara adik-adik ini sudah ketiadaan ibu dan bapa. Tapi, bilangannya sangat sedikit.

Adik-adik ini juga menghadiahkan persembahan kepada kami. Nyanyian lagu 'Baiknya Tuhan Kita' dan 'Kekasih Kita'. Mereka turut mempersembahkan tarian yang bertajuk 'Ilham Sufi'. Malangnya, hanya beberapa gambar sahaja sempat diambil.



Pengajaran yang kami dapat dari lawatan ini;

  • Sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang diberikan olehNya
  • Rezeki Allah itu amatlah luas
  • Kalau kita fikir kita susah, ada lagi yang lebih susah
  • Tidak semua orang mampu untuk berkongsi masalah
  • Sayangi orang disekeliling kamu, makhluk lain turut berdoa untuk kamu
  • dan lain-lain

Bagi yang terlibat dalam menjayakan program ini, ribuan terima kasih dari pihak kami kepada anda kerana meluangkan masa hujung minggu untuk bersama-sama dengan adik-adik ini. Semoga kalian mendapat pengajaran daripada program ini.


Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan yang bakal tiba. Semoga kalian bersedia dan sentiasa meletakkan pengharapan kepadaNya.

Semoga kita berjumpa lagi pada semester yang akan datang dan tahun-tahun berikutnya.

Akhir kalam,
Assalamualaikum dan Selamat Maju Jaya. =D

Monday, October 4, 2010

::Merisik Khabar:::

Assalamualaikum..

salam KPRS buat semua sahabat KPRS USM
apa khabar semua?? lama tak dengar cerita
mana semua orang2 kprs ni????
senyap2 je ye..lama cuti raya.
pastinya semua sudah  bergembira bersama keluarga di rumah...
tapi jangan lupa KPRS disini:)

Ucapan salam aidilfitri buat semua warga KPRS
aidilfitri masih berbaki lagi..
saja nak mengcreate soalan..
KPRS taknak buat jamuan raya ke???

lama tak jumpa MT dan AJK
taknak buat MEETING ke?
macam dah lama tak dengar idea2 bernas dari semua..
diharapkan lepas ni dapat berjumpa lagi..
bersama kita dalam program
pasti ada kemanisan disitu:)

setelah lama blog ni sunyi..
bukan apa..si tukang jaga blog ni
telupa paswed..
tapi xpa..kesetiaan bersama
ukhuwah bersama kerana ALLAH.

Akhir kata dari yang menulis..
semoga semua dalam keadaan stabil..
maklumlah dah nak exam..
kepada yang dah grade tu.
ha pandai2 la jaga diri kat luar sana
jangan lupa jenguk kami KPRS di kepulauan ini:)

::waSSAlam WarahmatuLLAh::

Monday, September 27, 2010

Menguap

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'".

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)". (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu". (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin". (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Sekian, wallahu a'lam

*petikan emel dinilhayah-wargakprsusm.group*

Monday, August 16, 2010

=)

Salam bersama senyuman.... This emoticon has been enhanced by Facicons

program : BENGKEL FASILITATOR
tarikh : 22 OGOS 2010 (AHAD)
tempat : DUP A
masa : 7.30am - 3pm
yuran : RM 5

Apa yang best????
1. sijil fasilitator
2. MyCSD atau unit desa
3. Pengetahuan yang lebih mendalam tentang fasilitator
4. Sedikit saguhati dari pihak kami

Daftar sebelum JAM 11.59PM, 20/8/2010 (JUMAAT)!!!

"SENYUM This emoticon has been enhanced by Facicons"

sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Azuwin-0136759867
Ilani-0136403060
Nazirah-0139032898

Thursday, May 27, 2010

::Gamitan Lestari II::




Alhamdulillah selesai sudah program
kami KPRS yang terakhir bagi sidang 2009/2010


Gamitan lestari II adalah satu program
motivasi untuk pelajar2 sekolah yang kami
jemput..alhamdulillah lebih seratus orang
pelajar telah mendaftar untuk mengikuti
program ini.


Seperti GLI yang lalu..misi kedua
program ni secara tidak langsung
ukhuwah di antara para penggerak dan fasilitator
juga terjalin dengan begitu mantap..


Alhamdulillah..sangat bersyukur..


selain itu..program ni juga
untuk kami  ahli2 KPRS dan fasilitator2
yang begitu semangat...



slot2 yang menjadi santapan rohani..
LDK2 yang membuat kami tersenyum..
setelah semua berlalu
kepada Allah kita panjatkan syukur..


Semuanya dengan izin Allah.
doakan semoga adik2 dari sekolah
teluk kumbar mendapat mesej
yang ingin di sampaikan...
Wallahualam...


P/S : gambar2 GL x  byk kt sini.
tp di facebook sgt byk..:) 



gambar senior2 yang nak keluar dah meninggalkan kami:(



inilah pengarah GLII safwan.



aktiviti semasa run modul:)



wajah2 berdedikasi..insya~Allah istiqamah



bergambar kenangan hari terakhir...



para mujahid islam:)









Friday, March 19, 2010

.: Kem Jati Diri 2010:.

        
baru tiba di pantai..sume penat??? haaaa

perkongsian..sembang2 story2


Salam warahmatullah
buat pembaca yang dikasihi Allah

bermula al kisah kem jati diri..
alhamdulillah berjaya dilaksanakan pd 12.13.14 mac 2010

kprs mula menyerang.......
owh ke mana tu.?? fuh..guna kuasa koprat
dah pandai ye...ooowh pak syariff....####

lokasi KJD ni ialah di kebun pak syariff
Balik Pulau, Penang...

sungguh trajis bila sampai di kebun tu..
udara nya..nyaman..jauh dari bandar..
kedengaran burung2 dan kawan2 nya berzikir kepada Allah
alhamdulillah tenang sekali=)

subhanallah..cantik..=)


kambing pn ada...mkn jemaah..bgs2=)


masak sendiri:) berdikari ye


pengisian yg menarik
sukar tuk di lafazkan..
kena buat postmoterm (xtau nk eja entam je)
heee :)

part paling best..'jugle trackng'
terima kasih pakcik zali ( ank pak syariff)
bawa kn kami meredah hutan, daki bukit..
sambil mencari di sebalik
indahnya ciptaan Allah
subhanallah:)

lepas jgl tracking..kitorang teruskan
perjalanan menuju ke pantai...seronok..cantik..
di pantai kami buka isu..
perkongsian tentang perjalanan dlm hutan
sume ada pngalaman tersendiri (sdn bhd)

lepas tu..1 lg pengalaman yg menjadi sejarah..
kami solat zohor berjemaah di tepi pantai
mungkin ada yg frst time..alhamdulillah...
dlm ms yg sama kita dpt menyeru org2 
di sekeliling untuk bersolat!!!
syukur...


ini lah sadin kami:)



proses memasak..baru nk start...


khemah kami:) 


ckp pasal LDK
xtau nk elobrate cm na..tp sume LDK yg unik
boleh la aplikasi dlm GL nnti ya insya Allah

secara keseluruhannya..
pengisian byk menyentuh mengenai
peranan mahasiswa apabila
sudah bergelar
mahasiswa terbilang...
maksudnya bila dah grade nnt
apa sumbangan kita kepada masyarakat..??

mereka menanti lahirnya graduasi
yg cemerlang dalam akademik
mahupun dalam sosial..

insya~Allah.KPRS akan melahirkan
insan2 bertauliah!!! semangat!!

terima kasih di ucapkan kepada
kakak2 dan abang2 yang dtg dari jauh..KL
jauh ye??
mereka byk memberi kami
tunjuk ajar....
moga istiqamah

akhirul kalam moga semua
mempunyai jati diri masing2...

kita boleh ubah diri kita..
tp jgn ubah ciptaan Allah pd diri kita...haaa:)
xde kaitan~~

wallahu 'alam
Barakallahu lakum:)

Saturday, February 6, 2010

::tot yang mantop::

assalamualaikum sahabat sekalian.. :)

agak lama blog ini tidak di 'upgrade' kan.. hehe mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menulis didalam blog ini.. bukannya apa.. cuma memerlukan masa untuk berfikir sejenak dan merenung kembali apa matlamat sebenar yang KPRSUSM bawa.. setiapa bait kata ini perlulah diperhalusi dan mudah untuk difahami.. insyaAllah.. saya akan cuba dan buat yang terbaik untuk memberi penjelasan yang sebaik mungkin..

pada 30 dan 31 Januari 2010 yang lalu.. seramai 10 org pelajar perempuan dan 2 org pelajar lelaki telah mengikuti program Training of Trainers.. walaupun, tidak mencapai sasaran tetapi kami sangat bersyukur.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar..

di sana, kami mengenal apa itu pentingnya sesebuah organisasi yang teratur.. kemudiannya, kami di ajar untuk menjadi seorang 'jurulatih' yang mantop.. emm sememangnya, diri kita tidak akan pernah berhenti dari belajar, mengajar dan diajar.. banyak perkara yang mungkin

  1. kita tahu, orang lain tidak tahu

  2. orang lain tahu, kita tidak tahu

  3. kita tidak tahu, orang lain pun tidak tahu
jadi kawan-kawan sekalian, persiapkanlah diri anda dengan segala ilmu yang tiba.. jangan mudah menyerah.. mungkin di situ, akan muncul suatu hikmah atau keajaiban yang HANYA ALLAH YANG TAHU... siapalah kita untuk menidakkan kuasaNya yang Maha Besar..


selain itu, kami juga diajar untuk menjalinkan hubungan yang erat antara ahli.. kerana, di situlah akan terbentuknya jalinan ukhwah yang mampu menggerakkan sesuatu organisasi mencapai tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang..sebab itulah, kita perlukan INDUKSI..

sebelum saya mengundurkan diri, ada sedikit bingkisan buat tatatapan anda semua...

...keyakinan kepada Allah ibarat
air kedamaian yang tidak pernah kering
menjadikan seorang muslim tetap tegar
di saat orang lain berguguran dan
tetap tenang di saat orang lain ketakutan
biar rebah, jangan berubah
biar terbuang, terus berjuang
ujian adalah tarbiyah dari Allah
semakin dekat bahtera kita kepadaNya
semakin hebat taufan melanda
hari ini adalah peluang
esok adalah harapan...

akhir kalam,

"Hidup Biar Berjasa"

Saturday, January 9, 2010

Friday, January 8, 2010

..:Welcome 2010:..

Pada 1 Jan 2010.....
Berlalu sudah kenangan 
yang kita tempuh bersama sepanjang 2009..
Kini tiba masa 
untuk kita berubah ke arah 
yang lebih baik dari sebelumnya..
tanpa kita duga.....
banyak kesilapan dan kesalahan yang kita buat
 tanpa kita sedari..
oleh yang demikian,
 bersama~samalah kita berubah
 ke arah minda yang lebih positif, kreatif dan inovatif 
seiring dengan peredaran zaman..
tanpa meninggalkan sunnatullah dan amalan2 sunat yang lain..

Semoga 2010 ini,
 mampu memberikan kekuatan 
yang lebih kental kepada diri setiap individu..
BERUBAH IALAH SUATU KEMESTIAN BUKAN PILIHAN


"Hidup Biar Berjasa"

..:: Berfikir sejenak::..











pelajar agak pasif..
aktiviti yang tidak terduga (fasi perlu bersedia)..
arahan bertindan antara dua pihak..
 perlu sediakan hailer atau microphone
untuk arahan yg lebih berkesan..


first aid kit sangat perlu..
misscommunication antara fasi..
betulkan niat student utk menghadirkan hati
Fasi tidak perlu beritahu umur yang betul-student tak respect..







kena faham organisasi bermula CC to KFC to FC to peserta
mencalarkan hati CC
KFC dan FC perlu terima arahan dari CC


“kuasa mindset” perlu dipraktikkan
FC jangan terlalu manjakan adik-adik 
FC terlalu baik hati dengan adik-adik
 (ramah, bertempat, berpada-pada)
SELAMAT BERISTIQAMAH




"Hidup Biar Berjasa"

::..KPRS bergema..::



Hari Gema ini dijalankan selama
4 hari bermula 21 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009.
 Pada hari pertama,
sambutan agak menggalakkan
terutamanya daripada pelajar Tahun 1.
 Hal ini biasa terjadi kerana pelajar Tahun 1 mengalami ‘cultural shock’
dan masih berada pada tahap kecelaruan
untuk memilih apa-apa persatuan yang terbaik kepada diri mereka sendiri.





Tetapi bagi pihak KPRSUSM sendiri,
mereka lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
 Untuk tidak mengecewakan ahli baru,
pihak KPRSUSM menyediakn
 penanda buku,
 poskad USM dan coklat sebagai cenderamata
sekiranya mereka mendaftar
sebagai ahli baru
dan memperbaharui keahlian masing-masing.

           
            Hari kedua, ketiga dan keempat berlangsung
 dengan meriah dan alhamdulillah
semuanya berjalan dengan lancar.
Tidak dapat dinafikan
bahawa setiap sesuatu mesti ada keburukan dan kesilapan
 yang sedikit-sedikit pasti akan berlaku.





Misalnya, kertas untuk ‘flyers’ sedikit membazir
 kerana kesilapan oleh pihak mesin pencetak.
 Tapi, itu semua tidak mematahkan semangat
 pasukan yang bertindak pada hari kejadian.
Mereka yang terlibat telah mencuba sehabis daya
untuk mengelakkan pembaziran itu daripada berlaku.
Malahan,
mereka telah menggunakan kreativiti
dengan mencantumkan kertas tersebut.
           
            Terima kasih yang tidak terhingga kepada
sesiapa yang melibatkan diri.
Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
berganding bahu bagi menjayakan
Hari Gema sidang 2009/2010.



           
            Semoga sidang baru yang akan kita tempuh ini,
memberikan kenangan yang terindah
 dan sedikit sebanyak memberikan kita iktibar
 dan pengajaran yang mampu menjadikan
kita semua hamba yang lebih
 taat kepada Dia yang satu.
SALAM CERIA


''Hidup Biar Berjasa"